PBL 3: Senario Permasalahan

PBL3: Senario Permasalahan

Negara Jepun, Amerika Syarikat, Germany dan kebanyakan negara maju yang lain sedang menghadapi masalah penduduk menua. Menyedari fenomena yang sama sedang dihadapi oleh negara Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah membuka sebuah pusat penyelidikan yang dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Demografi Negara (National Demographics Research Center - NDRC). Pengarah pusat penyelidikan telah melantik ahli-ahli demografi dari seluruh dunia (kumpulan anda) untuk mengkaji dan memahami isu-isu penduduk menua di negara ini.

Sempena hari orang-orang tua pada 15 September ini, NDRC akan mengadakan sambutan hari terbuka dan menjemput orang ramai untuk menghadiri program tersebut. Oleh kerana masyarakat di negara ini belum menyedari kepentingan kajian mengenai isu penduduk menua, anda dan kumpulan anda yang mewakili pusat penyelidikan NDRC diminta memberi penjelasan dan menjawab semua persoalan berkaitan dengan isu-isu penduduk menua yang dikemukakan oleh para peserta.


Rujukan utama:

1. Isu penduduk menua di kawasan bandar di Malaysia.pdf
2. Demographic Changes and Challenges in Asean Countries.pdf
3. Strategic Issues for Action on Population Ageing in ASEAN countries.pdf
4. Is Asia Prepared for an Ageing Population.pdf
5. Policy Response for the Ageing in Malaysia.pdf
6. World Population Ageing 1950-2050 Malaysia.pdf