PBL 3: Senario Permasalahan

PBL3: Senario Permasalahan

Negara Jepun, Amerika Syarikat, Germany dan kebanyakan negara maju yang lain sedang menghadapi masalah penduduk menua. Menyedari fenomena yang sama sedang dihadapi oleh negara Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah membuka sebuah pusat penyelidikan yang dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Demografi Negara (National Demographics Research Center - NDRC). Pengarah pusat penyelidikan telah melantik ahli-ahli demografi dari seluruh dunia (kumpulan anda) untuk mengkaji dan memahami isu-isu penduduk menua di negara ini.

Sempena hari orang-orang tua pada 15 September ini, NDRC akan mengadakan sambutan hari terbuka dan menjemput orang ramai untuk menghadiri program tersebut. Oleh kerana masyarakat di negara ini belum menyedari kepentingan kajian mengenai isu penduduk menua, anda dan kumpulan anda yang mewakili pusat penyelidikan NDRC diminta memberi penjelasan dan menjawab semua persoalan berkaitan dengan isu-isu penduduk menua yang dikemukakan oleh para peserta.


Rujukan utama:

1. Isu penduduk menua di kawasan bandar di Malaysia.pdf
2. Demographic Changes and Challenges in Asean Countries.pdf
3. Strategic Issues for Action on Population Ageing in ASEAN countries.pdf
4. Is Asia Prepared for an Ageing Population.pdf
5. Policy Response for the Ageing in Malaysia.pdf
6. World Population Ageing 1950-2050 Malaysia.pdf

Laws on fertility treatment by 2012

FERTILITY treatment in this country is unregulated.

But the Health Ministry has initiated legislation for it and other reproductive issues.

Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia president Dr Mohamad Farouk Abdullah said the proposed legislation would likely be named Assisted Reproductive Technique Services Act.


"The working group has adequate representation from the Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia, Malaysian Pediatric Association, Islamic Medical Association of Malaysia and relevant societies.

"The drafting exercise is expected to be completed by 2012.

"We recognise that there will be differing views and not everyone will be happy with the final version.


"That's why the ministry is trying to get as many relevant bodies involved in preparing the draft."

The act will address issues such as surrogacy, sperm and egg banking, and sperm donation.

"The gist of what we're proposing is for sperm banking and other controversial fertility issues to be facilitated for people whose religion permits them.


"If your religion does not allow it, then don't do it," Dr Farouk said.

"A lot of it still comes down to people's perception. My opinion is also that not enough women are speaking up for their rights.

"Why can't wives say that they want a sperm donor if their husbands aren't able to produce sperm?

"After all, it's a clinical procedure; you are not sleeping with someone else.

"People are more than willing to shower an adopted child with love and care, although the child is not 100 per cent biologically theirs. So, why not accept a child who is 50 per cent biologically related to you?"

By definition, infertility is the inability to conceive after one year of regular sex. As of now, the infertility rate in Malaysia is about 15 per cent.

"We should have legislation and guidelines. Every developed country has them. As we move towards standardisation, we should look deeper into what we can and can't do."

Dr Farouk said the proposed act for fertility and reproductive issues was still in the consultation phase -- involving legal parties, religious groups, non-governmental organisations, physicians and government ministries.

KL Fertility and Gynaecology Centre consultant gynaecologist and fertility specialist Datuk Dr Prashant Nadkarni said the fear in legalising surrogacy was that "we may become a 'rent-a-womb' country".

"In some countries, the only way out for poor women is to be prostitutes or surrogates.

"We don't want Malaysia to be a haven for that."

Dr Prashant claimed that there were two places in Eastern Europe and India which were known to commercialise surrogacy.

"In some countries, paying money to carry someone's baby is common and it's become medical tourism.

"But the NGOs there are very angry because it's the marginalised women who were made to do this.

"My opinion is if there are no enforceable guidelines, commercial agents will get involved and it will be no different than any other business.

"That's the reason why we need to legislate properly and not discriminate against genuine cases.

"The main issue is identifying who the mother is. By law, the person who gives birth to the baby is the mother.

"If there is no legislation, the surrogate mother can turn around and refuse to hand the baby over to the commissioning couple."

Dr Prashant said it's difficult to make a blanket decision because of various religious views in society.

"For instance, Christians, Buddhists and Hindus believe that if the surrogacy is to bring life without causing harm to anyone, then it's okay. But in Islam and Catholicism, there should not be a third-party in a pregnancy.

"As it's been, and until the act is in force, physicians are supposed to follow guidelines set by the Malaysian Medical Council which mainly state: In a surrogate arrangement, a woman agrees to become pregnant and bear a child for another person/persons and to surrender it at birth."

Surrogacy — a good option?


According to IVF experts, infertility affects about one out of every six couples worldwide. Infertility, however, is more than just the inability to conceive after 12 months of trying. It also includes women who can’t carry a pregnancy to term.

In the past, adoption was a way out for such women. But now, this notion is regarded as an archaic one as there are other better options for infertile couples who can opt for advanced infertility treatments and egg/sperm/embryo donation.

Gestational surrogacy

Most intended parents prefer gestational surrogacy because the chances of the surrogate laying claim to the baby are slim. They also feel more in control because they can choose the genetics of the baby. An advantage to having an egg from an ovum donor or the intended mother is that for the surrogate mother, it does away with the complex emotional issues of being a gestational/genetic donor mother. Many surrogate mothers find that their family is more receptive to such a surrogacy.

Using an egg donor

Parents who choose to have a gestational surrogate carry their child cannot genetically contribute to their offspring. Nor do they wish to have their surrogate mother be the genetic mother. These parents usually rely on outside assistance via sperm or egg donation.

While sperm donation has been around for years, egg donation is relatively new. In this process, a screened egg donor undergoes hormone therapy (usually injections) over many weeks which cause her ovaries to release more than one egg.

Between one and 15 eggs are usually harvested during a surgical procedure. They are then inspected for quality and either frozen for use later or immediately mixed with sperm for the intended father or a sperm donor.

Lampu hijau 45,000 pekerja asing



Kemakmuran ekonomi Malaysia menjadi daya tarikan kemasukan pekerja asing. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakannya dari India bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini.

KLM Offers Daily Flights to Europe from Kuala Lumpur

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah yang dihadapi oleh sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit dan industri tekstil yang kesukaran mendapatkan pekerja tempatan.

"Mereka telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan pihak saya melalui Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia di mana mereka minta kerajaan meluluskan 90,000 pekerja asing.

"Tapi selepas berbincang, buat sementara waktu ini kerajaan bersetuju untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Wisma Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) oleh bekas presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu di sini semalam.

Subramaniam berkata, pekerja berkenaan akan diagihkan mengikut 13 sektor perniagaan terlibat yang dijangka dibuat dalam tempoh sebulan.

Muslim Demographics





Please comment..

L5 Komposisi Umur dan Jantina

  1. Umur dan jantina adalah merupakan ciri asas populasi (penduduk). Setiap populasi mempunyai komposisi umur dan jantina yang berbeza - dari segi jumlah dan pecahan jantina lelaki dan perempuan bagi setiap kumpulan umur.
  2. Sturktur umur dan jantina ini mempunyai kesan yang besar terhadap situasi sosial dan ekonomi populasi pada masa kini ataupun masa hadapan.

to be continue..

Google Search: The power of keyword "Chapter"


Kalau anda masih ingat mengenai sains mencari, yang saya ceritakan pada minggu pertama adalah mengenai pemilihan kata kunci. Kata kunci yang betul adalah master key untuk membuka peti dokumen rahsia yang terdapat dalam google.

Chapter, adalah salah satu contoh master key yang bagus untuk anda gunakan jika hendak menlihat kesuluruhan bab dalam tesis, buku atau penerbitan. Jika anda jumpa chapter 2, sudah pasti di tempat yang sama ada chapter 3 atau 1.

Contoh carian untuk file pdf sahaja "ext:pdf population distribution and composition chapter"
(klik pada link diatas, anda akan dibawa terus ke destinasi)

Selamat mencuba.
Anda dibenarkan menulis komen pada post ini,
klik disini jika comment box tidak muncul

Pesakit Mental Meningkat 15.6 Peratus Tahun Lalu - Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan amat peka dan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di mana sepanjang tahun lalu sebanyak 400,227 pesakit mental menjalani rawatan di hospital kerajaan.

"Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus daripada tahun 2009," kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini Selasa.

Beliau berkata peningkatan angka itu dilihat selari dengan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa beban masalah kesihatan mental dijangka akan terus meningkat pada kadar 15 peratus menjelang 2020.

"Menjelang 2020 juga, salah satu dari gangguan mental iaitu kemurungan dijangka akan menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung iskemia," katanya.

Melihat pada perkembangan itu, Liow berkata kementerian berkenaan akan memfokuskan kepaada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres di Sekolah sepanjang tahun ini.

"Satu projek perintis akan diadakan di mana empat Sekolah Menengah telah dipilih untuk menjalankan Program Menangani Stres di Sekolah selama enam bulan bagi menangani kesihatan mental seawal umur remaja," katanya.

Empat sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sains, Teluk Intan, Perak; SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang; SMK Simpang Bekok, Jasin, Melaka; dan SMK St Michael, Penampang, Sabah.

Beliau berkata projek perintis berkenaan yang akan bermula Februari depan dilihat perlu diadakan kerana mengikut kajian terdapat juga peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan remaja ketika ini.

Liow berkata program itu akan menggunakan modul Menangani Stres di Kalangan Pelajar yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan jika bersesuaian ia akan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara mulai tahun hadapan.

Merujuk kepada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, beliau berkata kes morbiditi psikiatrik atau pemikiran tidak sihat meningkat sebanyak 11.2 pada tahun 2006 berbanding 10.6 peratus pada 1996.

Kadarnya adalah lebih tinggi di kalangan wanita muda yang berumur antara 16 dan 19 tahun dan wanita berusia antara 70 dan 74 tahun dengan 6.4 peratus daripada mereka mempunyai idea untuk membunuh diri, katanya.

Beliau berkata kekurangan ahli psikiatrik turut membimbangkan di mana ketika ini hanya terdapat 124 orang psikiatrik di seluruh negara iaitu dengan nisbah 1:115,000 penduduk dan hanya terdapat dua psikiatrik klinikal di negara ini.

"Ia amatlah kurang dari keperluan yang ditetapkan oleh WHO iaitu nisbah 1:50,000 penduduk bagi negara membangun. Oleh itu kita akan latih seramai mungkin psikiatrik," kata Liow.



-- BERNAMA

Bilangan pesakit mental meningkat


BILANGAN pesakit mental seperti dua beradik ini, Mohd. Mozamri Dasan (kiri) dan Tarmizi semakin meningkat ekoran tekanan hidup zaman moden.- Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan rakyat negara ini dengan bilangan pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu meningkat 15.6 peratus atau sebanyak 400,227 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, angka itu mencatat peningkatan 15.6 peratus berbanding tahun 2009.

"Menjelang tahun 2020, salah satu daripada gangguan mental iaitu kemurungan dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini semalam.

Beliau berkata, untuk membendung gejala ini di peringkat usia muda, pihaknya akan memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres di sekolah sepanjang tahun ini.

Kadar kesuburan Singapura merosot

SINGAPURA 17 Jan. - Kadar kesuburan di Singapura merosot ke paras terendah pada tahun lalu, membawa maksud negara ini perlu sentiasa membawa masuk pekerja asing bagi menyokong pertumbuhan ekonominya kerana ramai rakyat republik ini semakin tua.

Timbalan Perdana Menteri, Wong Kan Seng berkata, kadar kesuburan negara atau bilangan bayi yang dilahirkan di Singapura jatuh kepada 1.16 pada tahun lalu, berbanding 1.22 pada 2009.

Kadar itu, katanya, jauh lebih rendah berbanding 2.1 bayi yang diperlukan bagi pembentukan generasi baru secara semula jadi di Singapura.

"Masalah utama untuk mencapai populasi yang kita mahukan adalah kadar kesuburan tempatan yang rendah.

"Dalam tempoh lebih 30 tahun, kita masih belum melahirkan bayi yang cukup untuk menggantikan generasi kita," katanya semasa berucap pada satu forum yang dianjurkan Institut Kajian Polisi.

Kan Seng berkata, ketika Singapura berjanji akan terus mengutamakan pekerja di kalangan rakyat tempatan, negara ini perlu terus mengupah pekerja asing.

Katanya, kerajaan akan terus menggalakkan pasangan berkahwin melahirkan lebih ramai anak, tetapi mengakui peningkatan kadar kesuburan mungkin akan mengambil masa.

"Kita perlu bergantung kepada proses kemasukan rakyat asing untuk menambah populasi, untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan untuk mengurangkan kesan pertambahan warga tua negara," katanya.

Singapura sejak beberapa tahun lalu, mengalu-alukan kedatangan pekerja asing yang menyaksikan pertambahan mendadak jumlah pekerja asing semasa zaman perkembangan ekonomi dari 2004 hingga 2007.

Namun, selepas krisis kewangan global 2008, kerajaan meneliti semula polisi terbuka tersebut, ekoran aduan rakyatnya yang terpaksa bersaing dengan rakyat asing bagi mencari kerja, mendapatkan rumah dan penjagaan kesihatan serta masalah kesesakan bagi mendapatkan perkhidmatan kereta api metro. - AFP

sumber

Contoh tajuk kertas kerja untuk rujukan / panduan

1.Perkerja asing : kesannya terhadap sosio-ekonomi penduduk tempatan kajian kes di Ampang, Selangor Darul Ehsan

2.Nilai anak dalam institusi keluarga : satu kajian ke atas penduduk PJS 2

3.Pengaruh sosio ekonomi, politik dan budaya ke atas fertiliti di kalangan penduduk miskin luar bandar : satu kajian kes di Kampung Talak, Tumpat, Kelantan

4.Tempat tinggal dan kualiti hidup masyarakat di beberapa taman perumahan sekitar bandar Kajang, Selangor : satu kajian persepsi penduduk

5.Migrasi penduduk Sabah ke Shah Alam

6.Perkembangan taraf sosioekonomi penduduk akibat kesan industri : kajian kes di bandar Darulaman

7.Satu analisis perbandingan mengenai kesederan menjaga alam sekitar di kalangan penduduk bandar dan luar bandar : kajian kes di daerah Maran Pahang dan Kuala Lumpur

8.Migrasi dan penglibatan migran Thailand dalam ekonomi : kajian kes di Gerik, Perak

9.Migrasi buruh Negeri Kelantan ke Singapura : kajian kes di Mukim Kubang Chenok, Pasir Mas, Kelantan

10.Migrasi antarabangsa : satu perspektif di Padang Besar Perlis

11.Migrasi dalaman : kajian kes di Pulau Pinang

12.Pengaruh pekerjaan terhadap migrasi, kajian kes : Taman Perindustrian Temerloh, Mentakab, Pahang

13.Proses migrasi ke Selangor 1957-1980

14.Migrasi keluar generasi kedua: dampaknya terhadap sosio-ekonomi masyarakat FELDA

15.Remaja Felda : gejala sosial dan migrasi

16.Potensi migrasi keluar : kajian perbandingan di antara kawasan pembangunan pertanian dengan kawasan pembangunan perindustrian

17.Migrasi belia desa ke bandar kesan ke atas rancangan pertanian negara

18.Migrasi dan pembangunan luar bandar : respons belia terhadap pembangunan tanah FELDA

19.Kesan migrasi ke atas pengeluaran padi di kawasan luar bandar : satu kajian kes di Sekinchan, Selangor

20.Migrasi dalaman : sebab dan implikasi (kajian kes : FELCRA Lubuk Sireh, Perlis)

21.Migrasi Bugis ke daerah Tawau : pola dan sosio-ekonomi komuniti Bugis

22.Kependudukan dan kesuburan serta hubungannya dengan taraf wanita, kestabilan hidup berkeluarga dan pembangunan sosial dan ekonomi

23.Peranan bidang perubatan dalam perancangan keluarga dan pendidikan kependudukan

25.Modal insan dan kependudukan dalam pembangunan negara menurut Ibn Khaldun

26.Kesan pembangunan sosioekonomi terhadap aspek kependudukan Orang asli Seletar di daerah Johor Bahru : kajian kes di Kampung Orang Asli Sungai Temun, Johor Bahru

27.Perubahan kependudukan dan transformasi sosioekonomi di Malaysia : kajian dari aspek peranan dan sumbangan imigran Cina

28.Perbezaan mortaliti antara tiga etnik Melayu, Cina dan India : kajian kes di bandar Segamat

29.Masalah jagaan kesihatan dan mortaliti kanak-kanak di negara-negara membangun

30.Keadaan mortaliti di Melaka : satu kajian kes di pokok mangga

31.Hubungan pembangunan sosio-ekonomi dengan mortaliti : satu tinjauan dalam masyarakat luar bandar, kajian khusus di kawasan Chabang Empat, Tumpat

32.Fertiliti dan mortaliti : kajian kes di Kampung Tok Jawa, Kota Bharu, Kelantan

33.Hubungan mortaliti kanak-kanak dan pembangunan sosio-ekonomi di kawasan luar bandar : kajian kes di Tandek, Kota Marudu, Sabah

34.Wanita dalam sektor pekerjaan formal : implikasi ke atas kesuburan satu kajian di Keningau, Sabah

35.Wanita berpendidikan tinggi dan berkerja; kesan terhadap kesuburan : satu kajian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

36.Kependudukan dan kesuburan serta hubungannya dengan taraf wanita, kestabilan hidup berkeluarga dan pembangunan sosial dan ekonomi

37.Paras dan nilai-nilai kesuburan : satu kajian kes bagi wanita Ceylon Tamil dan India yang pernah berkahwin di Rasah, Seremban

38.Kajian perkahwinan, perceraian dan kesuburan di Kampung Permatang Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara

PBL: Kriteria Penilaian



Semasa pembentangan dijalankan, kriteria-kriteria berikut akan diukur untuk menilai tahap kecekapan pelajar:

  • Bakat Kepimpinan
  • Berfikiran Strategik & Kreatif
  • Kerjasama Kumpulan
  • Kemahiran Membuat Keputusan
  • Berfikiran optimis
  • Kemahiran komunikasi
  • Keyakinan diri
  • Berfikiran cerdas/bijaksana
  • Komitmen
  • Ketegasan
  • Proaktif & agresif

L4: Dasar kependudukan negara


    Google
    Custom Search
  1. Pertubuhan perancangan keluarga secara rasmi wujud di negara ini apabila Persatuan Perancangan Keluarga Selangor ditubuhkan pada 21 Oktober 1954 sebagai sebuah pertubuhan sukarela.

  2. Peringkat awal penubuhan, hanya dua buah klinik perancangan keluarga berjaya ditubuhkan di Kuala Lumpur. Kesan daripada penubuhan persatuan ini, antara tahun 1954 hingga 1959 – banyak pertubuhan-pertubuhan sukarela seumpamanya ditubuhkan di Johor, Perak dan Melaka.

  3. Pada dasarnya, pertubuhan-pertubuhan sukarela yang bergerak secara bersendirian ini memerlukan sebuah organisasi bagi memantau dan mengukuhkan kempen perancangan keluarga.

  4. Keperluan ini membawa kepada penubuhan Persekutuan Persatuan Perancangan Keluarga (PPPK) pada pada tahun 1958. PPPK berjaya menyatukan semua persatuan yang wujud di setiap negeri dengan menjadikan semua persatuan yang ditubuhkan antara tahun 1961 hingga 1962 sebagai ahli bersekutu PPPK.



  5. Usaha-usaha yang dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan sehingga tahun 1967 menunjukkan terdapat peningkatan permintaan perkhidmatan perancangan keluarga di kalangan wanita dari pelbagai peringkat pendidikan di negara ini. Banci kebangsaan perancangan keluarga yang dijalankan pada tahun 1967 membuktikan bahawa persatuan-persatuan tersebut tidak berupaya memenuhi permintaan semua golongan ini.

  6. Kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat di negara ini terhadap keperluan merancang keluarga telah mendorong pihak kerajaan memperkenalkan pelan perancangan keluarga kebangsaan yang bertujuan untuk mengurangkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan yang tinggi.

  7. Antara objektif utama dasar perancangan keluarga yang diperkenalkan dalam rancangan Malaysia pertama (1966 – 1970) ialah:

    • Mengurangkan kadar pertumbuhan penduduk dan meningkatkan pendapatan perkapita negara.
    • Mengurangkan kadar pertumbuhan sebanya 3% setahun kepada 2% setahun dalam jangka masa 20 tahun.

  8. Sekiranya pertumbuhan penduduk kekal pada keadaan asal, pendapatan perkapita negara akan menerima kesan disebabkan oleh pendapat yang diperolehi daripada pertumbuhan ekonomi perlu diagihkan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur yang tidak produktif berbanding dengan pelaburan yang lebih produktif.

  9. Pada awal tahun 1966, parlimen negara Malaysia telah meluluskan Akta Perancangan Keluarga 1966 serentak dengan penubuhan Badan Perancangan Keluarga Kebangsaan (NFPB) yang mempunyai kuasa autonomi untuk membuat perancangan dan keputusan. Objektif NFPB seperti yang dirangka dalam akta tersebut termasuklah:

    • Merangka polisi dan kaedah untuk mempromosi dan menyalurkan maklumat tentang perancangan keluarga
    • Merancang, mengurus, mengatur dan menentukan hala tuju aktiviti perancangan keluarga
    • Melatih pekerja-pekerja yang terlibat dengan rancangan pengembangan perancangan keluarga
    • Menjalankan penyelidikan perubatan dan biologi yang berkaitan dengan perancangan keluarga
    • Mempromosi kajian yang mempunyai salinghubungan dengan bidang sosial, budaya ,ekonomi dan perubahan populasi, termasuk juga kajian yang berkaitan dengan kelahiran dan proses kehamilan.
    • Menyediakan satu system penilaian untuk melihat keberkesanan program dan sasaran kearah mencapai matlamat perancangan keluarga kebangsaan.

Statistik kehadiran peserta kempen perancangan keluarga

1962 19,654
1967 237,997
1981 223,250
1985 518,000


Dasar 70 Juta Penduduk





Dato Seri Dr Mahathir Mohamed pada September 1982 dalam sebuah pehimpunan parti politik berkata bahawa Malaysia akan lebih berjaya sekiranya mempunyai 70 juta orang penduduk.

Saranan ini diperincikan lagi dalam pembentangan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984

Dasar 70 juta penduduk ini jelas bertentangan dengan dasar-dasar yang telah diamalkan sebelum ini (dasar kependudukan yang melibatkan program-program perancangan keluarga yang dilaksanakan sejak dari tahun 1966).

Kesannya timbul pelbagai kontorversi dan perdebatan tentang implikasi yang akan timbul akitbat daripada jumlah populasi yang besar ini. Antaranya termasuklah dalam bidang perumahan, pendidikan, kesihatan, pekerjaan, pengeluaran makanan, bekalan air bersih dan sumber tenaga.




Pada Januari 1983 sebuah jawatankuasa ad hoc berkaitan dengan isu-isu kependudukan ditubuhkan untuk mengkaji strategi dan program yang diperlukan untuk mencapai sasaran 70juta penduduk.

Tugas-tugas jawatankuasa ini termasuklah:

1. menilai trend pertumbuhan penduduk semasa dan jangkaan masa hadapan.
2. membuat unjuran berasaskan kepada beberapa andaian yang membawa kepada sasaran untuk mencapai jumlah 70 juta penduduk
3. untuk mengkaji kesan sosial dan ekonomi mengenai dasar ini
4. membuat cadangan yang bersesuaian


Laporan jawatankuasa tersebut siap pada pertengahan tahun 1984 dan diluluskan oleh kabinet pada bulan ogos tahun yang sama.Laporan tersebut juga menegaskan bahawa kesan sosial dan ekonomi tidak sepatutnya dirisaukan kerana angka 70 juta tersebut hanya akan dicapai dalam tempoh masa 115 tahun.

Untuk mengurangkan masalah penurunan kadar kelahiran, laporan tersebut mencadangkan supaya pengenalan petunjuk-petunjuk yang menggalakkan pemilikan keluarga yang besar.

langkah pertama yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk meningkatkan kadar kelahiran ialah dengan memperkenalkan kemudahan cuti bergaji bagi pekerja wanita. Akta pekerja (tambahan), 1984 diluluskan oleh parlimen bagi membolehkan wanita berkerja mendapat kemudahan cuti bergaji dari 3 kepada 5 orang anak berkuatkuasa pada 1 Jun 1984.

Pekerja wanita dalam sektor swasta juga menikmati kemudahan yang sama kerana pihak swasta juga kebanyakkan cenderung untuk mengikut dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Langkah kedua yang dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan kadar kelahiran ialah dengan memperkenalkan pelepasan cukai pendapatan mengikut jumlah anak yang dilahirkan.

Kelahiran Dasar lama Dasar baru

Pertama RM800 RM650
Kedua RM700 RM750
Ketiga RM600 RM800
Keempat RM500 RM800
Kelima RM400 RM800

Langkah ketiga yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menggalakkan kadar kelahiran ialah dengan memperkenalkan elaun untuk ibu mengandung sehingga kelahiran ke lima berbanding dengan hanya 3 kelahiran pertama sahaja. Sektor swasta juga diwajibkan untuk menambahkan bayaran elaun dari dua kepada empat kelahiran.

Dasar menggalakkan kelahiran telah menimbulkankan masalah kepada Badan Perancangan Keluarga Kebangsaan yand dilihat begitu berjaya melaksanakan program perancangan keluarga sejak dari tahun 1966.

Keseluruhan falsafah, fungsi dan operasi program badan tersebut telah diubah secara menyeluruh. Nama badan tersebut contohnya tidak lagi konsisten dengan dasar baru telah diubah menjadi Badan Pembangunan Keluarga dan Penduduk Kebangsaan.

Fungsi perancangan keluarga tidak lagi bertujuan untuk mengurangkan saiz keluarga, tetapi menjadi ruang untuk kelahiran yang menumpukan kepada kesihatan ibu dan kebajikan keluarga.



Rujukan:

Keajaiban dunia sempena kelahiran Rasulullah

Oleh ANISAH BAHYAH HJ. AHMAD

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.

Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

- ANISAH BAHYAH HJ. AHMAD, Pensyarah di Kolej Poly-tech MARA, Batu Pahat, Johor.

Sumber: link

Indonesia: Kelahiran bayi melebihi penduduk Singapura


JAKARTA 11 Jan. - Indonesia mencatat daftar kelahiran bayi sebanyak 4.5 juta orang setiap tahun sejak 10 tahun lalu dan keadaan ini seharusnya mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan negara itu.

Pertambahan kadar kelahiran setiap tahun itu dikatakan menyamai jumlah penduduk Singapura atau empat kali ganda jumlah penduduk Timor Leste.

Berdasarkan bancian pada 2010, penduduk republik ini berjumlah 237.6 juta orang, meningkat sebanyak 3.5 juta orang berbanding jangkaan sebelum ini.

Pertambahan penduduk itu akan meningkatkan beban kerajaan kerana terpaksa menyediakan prasarana yang sempurna kepada rakyat.

Akhbar Kompas melaporkan, apa yang membimbangkan ialah ketika kerajaan sedang mengenal pasti kesan peningkatan jumlah penduduk, rakyat negara ini telah mengalami kesulitannya.

Kesan yang sedang dihadapi rakyat negara ini ialah kesukaran mendapatkan kerja, kawasan penempatan penduduk yang kotor dan jalan raya yang sesak.

"Jumlah penduduk yang besar boleh menjadi penggerak ekonomi yang kukuh jika rakyatnya berkualiti," kata penganalisis kanan Pusat Pengajian Kependudukan dan Dasar Universiti Gadjah Mada, Sukamdi.

Bagaimanapun, kesan peningkatan jumlah penduduk itu menjadi beban pembangunan kepada Indonesia kerana daya saing penduduk di negara ini masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain termasuk di Afrika.

Berdasarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), indeks pembangunan manusia di republik ini pada 2010 berada pada kedudukan 108 daripada 169 negara.

Jumlah penduduk Indonesia meningkat hampir dua kali ganda setiap 40 hingga 50 tahun sekali.

Pada 1930, jumlah penduduk negara ini ialah seramai 60.7 juta orang dan 1971 (119.2 juta) sementara pada tahun lalu jumlah itu meningkat kepada 237.6 juta orang.

Sekiranya, pertumbuhan penduduk tidak dikawal dengan baik, negara ini akan didiami oleh 475 juta orang penduduk pada 2057. - Utusan

Student-centred learning: What does it mean for students and lecturers?

Tugasan Individu

Contoh jurnal / kertas kerja dari Jabatan Perangkaan




Klik pada image





Klik pada image






Contoh format jurnal

1. Contoh 1
2. Contoh 2
3. Contoh 3

Teach Creativity, Not Memorization

The greatest problem facing colleges today in admissions, instruction, and assessment is that administrators are locked into an archaic notion of what it means to be intelligent.

Some colleges and, increasingly, parents already recognize, for example, that our usual admissions procedures, with their reliance on standardized testing, select for a specific kind of cognitive and memorization-based intelligence. Pressure is mounting to consider instead a broad spectrum of attributes. In my new book, College Admissions for the 21st Century, I describe my experience as dean of arts and sciences at Tufts University, where, with Lee A. Coffin, dean of admissions, and the admissions staff, I introduced Project Kaleidoscope—a modified assessment tool for college admissions that succeeded in selecting candidates based on wisdom, creativity, and practicality, while doing a better job than the conventional admissions process of predicting the college GPA of those admitted.

But once we admit students with a wide range of abilities, we need to teach them in ways that reflect how they learn. If we are looking for qualities like creativity—which we hear so much about today—but teach students primarily in a way that rewards how well they memorize, then we are setting them and ourselves up for failure. Most people can agree that creative ideas are valuable to individuals and to our economy. But those ideas are often rejected because the creative innovator must stand up to vested interests and defy the crowd.

As educators, then, we need to do a better job teaching students to mobilize their creativity successfully. Let me suggest 12 ways to encourage creativity in the classroom.

Redefine the problem. We can promote creative performance by encouraging students to define and redefine their own problems, projects, presentations, and topics for papers, subject to approval; to choose their own ways of solving problems; and sometimes to choose again if they discover that their approach was a mistake.

We cannot always offer choices in the classroom, but having choices is the only way students learn how to choose. Giving them latitude helps them develop taste and good judgment, both of which are essential elements of creativity.

Question and analyze assumptions. Everyone has assumptions, although they are not often widely shared. Questioning assumptions is part of the analytical thinking involved in creativity. We can help students develop this talent by making questioning a part of the daily exchange. It is more important for students to learn what questions to ask—and how to ask them—than to learn the answers. We need to avoid perpetuating the belief that our role is to teach students the facts, and instead help them understand that what matters is their ability to use facts.

Teach students to sell their creative ideas. Everyone would like to assume that his or her wonderful, creative ideas will sell themselves. But they do not. When I was a first-year assistant professor, the second colloquium I was invited to give was at a large testing organization. I was delighted that the company was apparently interested in adopting my ideas about intelligence, even though I was only 25 years old. My career seemed to be off to a spectacular start. I took the train to Princeton, N.J., and gave the talk. It was an abject failure. I went from fantasizing about a dazzling career to wondering whether I would have a career at all.

Students need to learn how to persuade other people of the value of their ideas. That selling is part of the practical aspect of creative thinking.

Encourage idea generation. Creative people demonstrate a "legislative" style of thinking: They like to generate ideas. The environment for generating ideas can be constructively critical, but it must not be harshly or destructively so. When suggested ideas don't seem to have much merit, don't just criticize. Instead, suggest new approaches, preferably ones that incorporate at least some aspects of the ideas that seemed overall not to have much value.

Recognize that knowledge is a double-edged sword. Some years ago, I was visiting a famous psychologist who lives abroad. As part of the tour he had planned for me, he invited me to visit the local zoo. We went past the cages of the primates, who were, at the time, engaged in what euphemistically could be called strange and unnatural sexual behavior. I, of course, averted my eyes. My host, however, did not. He began, to my astonishment, analyzing the sexual behavior of the primates in terms of his theory of intelligence. I realized how knowledge and expertise can be a double-edged sword.

On the one hand, people cannot be creative without knowledge. Quite simply, they cannot go beyond the existing state of knowledge if they do not know what that state is. On the other hand, those who have an expert level of knowledge can experience tunnel vision, narrow thinking, and entrenchment. It happens to everyone.

Many students have ideas that are creative with respect to themselves but not to a field. I tell my own students that the teaching-learning process goes two ways. I have knowledge they do not have, but they have a flexibility I do not have—precisely because they do not know as much as I do. By learning from—as well as teaching—our students, we can open channels for creativity.

Challenge students to identify and surmount obstacles. The question is not whether one will encounter obstacles. The question is whether the creative thinker has the fortitude to persevere. I have often wondered why so many people start off their careers doing creative work and then vanish from the radar screen. I think I know at least one reason: Sooner or later, they decide that being creative is not worth the resistance.

We can prepare students for disappointment by describing obstacles that they, their friends, and well-known figures in society have faced while trying to be creative; otherwise, students may think that they are the only ones confronted by obstacles.

Encourage sensible risk-taking. When creative people defy the crowd, they take risks. But there are levels of sensibility. Creative people take sensible risks and produce ideas that others ultimately admire and respect as trend-setting.

To help students learn to take sensible risks, we can encourage them to take some intellectual risks with courses, activities, and what they say to adults—to develop a sense of how to assess risks.

Nurture a tolerance of ambiguity. There are a lot of grays in creative work. Artists and writers working on new projects often report feeling scattered and unsure.

A creative idea tends to come in bits and pieces and develops over time. But the period when the idea is developing is often uncomfortable. When a student has almost the right topic, it's tempting to accept the near miss. Instead, we should encourage students to accept and extend the period in which their ideas do not quite converge.

Foster self-efficacy. Many people often reach a point where they feel as if no one believes in them. Because creative work often doesn't get a warm reception, it is extremely important that creative people believe in the value of what they are doing.

There is no way to know for sure that an idea is good. There are, however, some questions to ask:

  • Is there any empirical evidence to support the idea?
  • Does the idea follow from any broader theory whose elements may have support?
  • Is there some way of testing the idea?
  • Have similar ideas been supported?
  • Will you pursue an unpopular idea?

Help students find what they love to do. Ask them to demonstrate a special talent or ability for the class, and explain that it doesn't matter what they do (within reason), only that they love the activity.

Teach students the importance of delaying gratification. Part of being creative means being able to work on a project or task for a long time without immediate rewards. The fact of the matter is that, in the short term, people are often ignored or punished when they do creative work.

Provide an environment that fosters creativity. There are many ways to do that. The most powerful is to be a role model for creative thinking. Students develop creativity not when they are told to but when they are shown how.

Robert J. Sternberg is provost and senior vice president at Oklahoma State University and a former dean of arts and sciences at Tufts University. This essay is adapted from his book College Admissions for the 21st Century, published this month by Harvard University Press.

Source: link

Pasangan warga asing diberi PR


MUHYIDDIN (kanan) berucap pada majlis makam malam meraikan pelajar dan masyarakat Malaysia di Boston, Amerika Syarikat malam kelmarin.


BOSTON - Lelaki atau wanita asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia akan diberi status pemastautin tetap (PR) jika isteri atau suami mereka kembali berkhidmat di tanah air sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memastikan Malaysia mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Katanya, kerajaan kini lebih terbuka dalam memberi status PR dan langkah itu bukan sahaja terhad kepada mereka yang bertaraf profesional tetapi juga kepada yang lain.

L3: Banci penduduk dan perumahan malaysia 2010


Klik pada image untuk berita penuh





PENEMUAN UTAMA
Jumlah Penduduk
27,565,821
Lelaki
14,112,667
Perempuan
13,453,154
Nisbah Jantina
105
Jumlah Isi Rumah
6,396,174
Jumlah Tempat Kediaman
7,380,865
Purata Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan (2000-2010)
2.17%
Kepadatan penduduk (setiap km. persegi)
83









Keratan Akhbar







L2: Human Population Growth and Demography



1. Rajah pertumbuhan penduduk bermula daripada zaman batu lama, revolusi pertanian sehingga ke zaman revolusi perindustrian.

2. Perhatikan krisis "the plague" yang berlaku diperalihan zaman pertengahan ke zaman moden (sejurus sebelum berlaku revolusi perindustrian) . Populasi penduduk dunia jatuh dengan mendadak.

3. The plague atau juga disebut sebagai the black death berpunca daripada serangan virus Yersinia pesti yang dikatakan merebak melalui laluan sutera, telah menyebabkan anggaran populasi dunia yang berjumlah 450 juta jatuh kepada 350 dan 375 juta pada penghujung tahun 1400 masihi.




4. Sejarah pertumbuhan penduduk

* Pada tahun 1800 jumlah penduduk dunia keseluruhan berjumlah 1 billion orang
* Pada tahun 1930 bertambah menjadi 2 billion orang
* Pada tahun 1960 meningkat kepada 3 billion orang
* Pada tahun 2000 jumlah penduduk dunia keseluruhan adalah 6 billion orang.

Fakta 1: Pada 11 Oktober 2o1o jumlah penduduk dunia adalah seramai 6,848,884,000 orang.
Fakta 2: Pada abad ke 20 (1901 - 2000), populasi dunia telah meningkat sebanyak 3 kali ganda.

Soalan: Apa yang akan berlaku dalam abad ke 21 (2001 - 2101)?
Lihat post terdahulu : Teori Malthus




Malthusian growth model - lihat wiki

Rumus:

{P(t) = P_0e^{rt}}\!

where
P0 = Initial Population,
r = growth rate, sometimes also called Malthusian Parameter,
t = time.


Exponential: 1, 2, 4, 8, 16, 32, 64, 128, 256........
Arithmetic: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8........



5. Pupulasi penduduk dunia mengikut negara pada tahun 2008 dan unjuran pada tahun 2050




Pada tahun 2008, negara China mempunyai jumlah penduduk dunia tertinggi (1.3 billion) diikuti oleh negara India (1.14 billion).

Jumlah penduduk US pula seramai 304 juta dan diikuti oleh negara Indonesia 238 juta orang.
Unjuran pada tahun 2050, negara India akan menduduki tangga teratas populasi penduduk iaitu 1.6 billion orang.

Mengapa keadaan ini berlaku? Cuba kaitkan dengan dasar kependudukan negara-negara tersebut. (Dasar kependudukan negara, khususnya Malaysia akan dibincangkan dalam K3, 4 dan 5).


Polisi satu anak satu keluarga yang di negara China telah berjaya mengurangkan kadar kelahiran (fertility rate) dari 6% kepada 1.8% dalam tempoh masa hanya 2 dekad.

Namun begitu, polisi yang diperkenalkan ini diselubungi oleh pelbagai kontroversi! Jika anda melawat ke negara China, banyak poster yang dipaparkan menunjukkan betapa indahnya hidup dalam keluarga yang mempunyai seorang anak sahaja. Anak dalam gambar tersebut pula selalunya adalah perempuan ????




_____________________________________________
_____________________________________________

Disable windows update restart pop-up menu

Masalah:

Baru aje buka pc, buat kerja sikit tiba-tiba keluar pop-up ni suruh restart PC. Klik restart later, 15 minit kemudian keluar lagi. Tak ke tension dibuatnya.



xp tengah pening!



Jawapan:



Klik start, klik run. Taip ( net stop "automatic updates") kat dalam box tu dan klik ok.
Automatic updates akan disable sehingga pc diboot semula.

Asal usul manusia

Teori Evolusi

1. Jelaskan maksud teori evolusi
2. Siapa memperkenalkan teori ini
3. Bagaimana teori evolusi dibuat
4. Adakah anda menerima / menolak teori ini
5. Lihat asal-usul manusia dari sudut yang lain - cth Agama

Teori Malthus

1. Siapa Malthus
2. Benarkah penduduk bertambah pada kadar geometrik dan makanan bertambah pada kadar aritmetic.
3. Jika benar, apa masalah yang akan dihadapi. Sertakan contoh-contoh berkaitan.
4. Adakah masalah over population benar-benar akan berlaku?
5. Siapa yang menerima teori ini dan siapa pula yang menolak?

L1: Ringkasan Kursus

HGN3013 Penduduk dan Kependudukan

Kursus ini membincangkan mengenai konsep-konsep dalam kajian kependudukan. Ia merangkumi ciri-ciri penduduk, penempatan, proses migrasi, dasar kependudukan dan proses penuaan. Isu-isu berkaitan dengan kependudukan seperti jenayah, remaja, pendatang asing, kejiranan dan setinggan turut dibincangkan.

Sumber rujukan: