L2: Human Population Growth and Demography



1. Rajah pertumbuhan penduduk bermula daripada zaman batu lama, revolusi pertanian sehingga ke zaman revolusi perindustrian.

2. Perhatikan krisis "the plague" yang berlaku diperalihan zaman pertengahan ke zaman moden (sejurus sebelum berlaku revolusi perindustrian) . Populasi penduduk dunia jatuh dengan mendadak.

3. The plague atau juga disebut sebagai the black death berpunca daripada serangan virus Yersinia pesti yang dikatakan merebak melalui laluan sutera, telah menyebabkan anggaran populasi dunia yang berjumlah 450 juta jatuh kepada 350 dan 375 juta pada penghujung tahun 1400 masihi.




4. Sejarah pertumbuhan penduduk

* Pada tahun 1800 jumlah penduduk dunia keseluruhan berjumlah 1 billion orang
* Pada tahun 1930 bertambah menjadi 2 billion orang
* Pada tahun 1960 meningkat kepada 3 billion orang
* Pada tahun 2000 jumlah penduduk dunia keseluruhan adalah 6 billion orang.

Fakta 1: Pada 11 Oktober 2o1o jumlah penduduk dunia adalah seramai 6,848,884,000 orang.
Fakta 2: Pada abad ke 20 (1901 - 2000), populasi dunia telah meningkat sebanyak 3 kali ganda.

Soalan: Apa yang akan berlaku dalam abad ke 21 (2001 - 2101)?
Lihat post terdahulu : Teori Malthus




Malthusian growth model - lihat wiki

Rumus:

{P(t) = P_0e^{rt}}\!

where
P0 = Initial Population,
r = growth rate, sometimes also called Malthusian Parameter,
t = time.


Exponential: 1, 2, 4, 8, 16, 32, 64, 128, 256........
Arithmetic: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8........



5. Pupulasi penduduk dunia mengikut negara pada tahun 2008 dan unjuran pada tahun 2050




Pada tahun 2008, negara China mempunyai jumlah penduduk dunia tertinggi (1.3 billion) diikuti oleh negara India (1.14 billion).

Jumlah penduduk US pula seramai 304 juta dan diikuti oleh negara Indonesia 238 juta orang.
Unjuran pada tahun 2050, negara India akan menduduki tangga teratas populasi penduduk iaitu 1.6 billion orang.

Mengapa keadaan ini berlaku? Cuba kaitkan dengan dasar kependudukan negara-negara tersebut. (Dasar kependudukan negara, khususnya Malaysia akan dibincangkan dalam K3, 4 dan 5).


Polisi satu anak satu keluarga yang di negara China telah berjaya mengurangkan kadar kelahiran (fertility rate) dari 6% kepada 1.8% dalam tempoh masa hanya 2 dekad.

Namun begitu, polisi yang diperkenalkan ini diselubungi oleh pelbagai kontroversi! Jika anda melawat ke negara China, banyak poster yang dipaparkan menunjukkan betapa indahnya hidup dalam keluarga yang mempunyai seorang anak sahaja. Anak dalam gambar tersebut pula selalunya adalah perempuan ????




_____________________________________________
_____________________________________________